SEJARAH

Kampung Warisan Jepak dibuka pada tahun 2003, selepas penyerahan hak milik lot oleh Ketua Menteri Sarawak Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud bertempat di Masjid Kampung Jepak. Surat penyerahan hak milik diterima oleh Encik Aidil Hj. Ismail, sebagai wakil penduduk Kampung Warisan Jepak, pada masa itu dikenali sebagai peserta lot Skim Pembesaran Kampung Jepak.

Penduduk atau peserta lot Skim Pembesaran Kampung Jepak yang pertama menduduki kampung ini ialah saudara Azemi Bin Tambi. Semangat penduduk atau peserta yang ingin duduk di kawasan penempatan baru ini sangat berkobar-kobar. Boleh dikatakan selepas majlis penyerahan di Masjid Kampung Jepak, peserta lot Skim Pembesaran Kampung Jepak telah mula membersih dan meluas tapak lot masing-masing

Walaubagaimanapun, agak malang bagi sebelingan kecil peserta yang terpaksa menyerahkan balik Lot mereka kepada pihak BDA kerana tidak mampu hendak membayar harga lot yang pada masa itu antara 10 hingga 20 ribu. Keadaan ini juga berlaku akibat tiada orang, NGO, atau mana agensi tampil ke depan untuk memberi jalan atau membantu golongan ini. Kebanyakan golongan ini terdiri daripada nelayan, petani atau individu yang bekerja sendiri. Golongan ini tidak mempunyai penyata gaji untuk menjamin pihak bank untuk meluluskan pinjaman.

Selepas tahun 2007, peserta lot telah mula rancak mendirikan rumah di kawasan penempatan baru ini. Pada tahun 2008, KRT (Kawasan RUKUN Tetangga ) telah ditubuh di kawasan ini, bertujuan untuk melindungi penduduk dan harta benda di kawasan ini. Kawasan ini berupa kawasan penempatan yang baharu, kejadian kecurian bahan untuk membuat rumah sering dicuri, manakala jarak rumah antara penduduk terawal ( 2007 ) agak jauh. KRT yang terawal ini dipengerusikan oleh Saudara Samsuri Hj. Nahrawi, Azemi Tambi ( Timbalan ), Jossli Omar ( Setiausaha ), Affendi Fauzi ( Bendahari ). Setelah wujudnya KRT, aktiviti mencuri manjadi "hilang". Ini menunjukkan semangat kekitaan di kalangan penduduk untuk menjaga keamanan sangat kuat. 

Pada tahun 2016, Skim Pembesaran Kampung Jepak di istiharkan sebagai sebuah kampung. Pada tahun yang sama Encik Torny Chan Wariman telah dilanti sebagai Ketua Kampung. Perlantikan ini adalah dipilih oleh Pegawai Residen Bahagian Bintulu setelah beberapa nama dicalonkan untuk menjawat jawatan ini. Pada masa yang sama, nama Skim Pembesaran Kampung Jepak ditukar kepada nama Kampung Warisan Jepak. Setelah tertubuhnya Kampung Warisan Jepak, AJK JKKK Kampung Warisan Jepak pula ditubuhkan.

Sila lihat halaman AJK JKKK Kampung Warisan Jepak

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Surau Kampung Warisan Jepak